Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Kampung Ayer Panas ini terletak di negeri Melaka iaitu dibawah parlimen Jasin dan Dun Bemban. Berdekatan Kampung Ayer panas ini juga terdapat kampung serta taman-taman lain seperti Kampung Ulu-duyung, Kesang serta Bemban. Dahulu nya kampung Ayer panas ini terletak dibawah Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), namun setelah penubuhan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) pada tahun 2010, kampung Ayer Panas ini telah diurus oleh Pihak Berkuasa Tempatan MPHTJ.

Menurut sejarah, nama Kampung Ayer Panas mendapat namanya melalui sebuah kawasan yang mempunyai mata air yang panas secara semula jadi. Kawasan tersebut dijumpai oleh seorang penduduk kampung iaitu Tan Kim Tian pada sekitar 1884. Beliau kemudiannya membina dan membuka kolam mata air panas pada 8 Mei 1884.

Dahulu, Kampung Ayer Panas menjadi tempat tumpuan masyarakat kampung mengadakan Pesta Mandi Safar kerana air belerang yang dihasilkan dari mata air yang panas dikatakan boleh mengubati penyakit kulit dan lumpuh.

Kawasan mata air semula jadi kemudiannya telah dimajukan sebagai sebuah pusat rekreasi dan pelancongan yang dikenali dengan nama Pusat Rekreasi dan Kolam Air Panas. Namun, pengurusan pusat rekreasi telah diambil alih dan kini ia dikenali sebagai Taman Air Panas Semula jadi Jasin atau Jasin Hot Spring.

Di Kampung ini terdapat lebih kurang 80 buah rumah penduduk merangkumi 2 balai raya/Pusat khidmat masyarakat sebuah surau dan gelanggang Futsal. Daripada 2 balai raya itu, 1 daripadanya diambil alih oleh Pertubuhan Belia 4B (M) cwgn Ayer Panas untuk dijadikan bilik gerakan pertubuhan itu dan sebuah lagi telah diguna untuk menempatkan Pusat Internet 1 Malaysia.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM BULANAN / KELAS SOFTSKILL : MEMBUAT KIPAS TANGAN BERSEMPENA SOLIDARITI PALESTIN

Aktiviti Terkini | 20 Disember 2023

Program ini adalah program mewarna dan membuat kipas tangan yang dijalankan bagi memberi tanda sokongan kepada solidariti kepada pergolakan yang berlaku Palestin.... baca selanjutnya

PROGRAM BULANAN : TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (KDB)/ SAFE INTERNET & KUIZ KAHOOT

Aktiviti Terkini | 20 Disember 2023

Program ini dijalankan adalah bagi memberi pengenalan dan penerangan tentang S.A.F.E Internet, Buli Siber dan keselamatan internet.... baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN : MEMBUAT KAD PERNIAGAAN DI LAMAN WEB CANVA

Aktiviti Terkini | 18 November 2023

Aktiviti ini adalah untuk mempelajari cara menghasilkan sebuah kad perniagaan yang kreatif dan menarik... baca selanjutnya

KELAS BIMBINGAN ICT : CARIAN MAKLUMAT TUGASAN KERJA KURSUS SEKOLAH MENENGAH DI GOOGLE

Aktiviti Terkini | 3 November 2023

Kelas bimbingan ini akan mendedahkan pelajar dengan kemahiran carian maklumat dengan menggunakan laman web Google untuk menyediakan kerja kursus pelajar.... baca selanjutnya

KELAS STEM-IOT : SHEPPARDSOFWARE.COM_PEMBELAJARAN SUBJEK SAINS ONLINE

Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2023

Peserta meneroka dunia sains STEM-IoT di laman web Sheppardsofware.com... baca selanjutnya

JELAJAH SAYA DIGITAL @ MELAKA BERSEMPENA SMART MELAKA INTERNATIONAL CONFERENCE AND EXPO (SMIX) 2023

Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2023

Perasmian oleh YB Datuk Fairul Nizam Bin Roslan, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka.... baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN : PENDAFTARAN PERNIAGAAN DI PLATFORM DIGITAL MUDAH.MY

Aktiviti Terkini | 19 September 2023

Kelas bimbingan usahawan mendaftar akaun perniagaan di laman web Mudah.my... baca selanjutnya

MEMBUAT TOPENG MATA BERTEMAKAN HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 9 September 2023

Aktiviti ini dijalankan bagi memberi pengenalan tentang Hari Malaysia.... baca selanjutnya

PROGRAM SENTUHAN KOMUNITI DI AMBANG MERDEKA KERJASAMA PERPUSTAKAAN DESA KESANG JAYA

Aktiviti Terkini | 19 Ogos 2023

Memeriahkan sambutan ambang kemerdekaan dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk komuniti........ baca selanjutnya

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM HARI KEMERDEKAAN BERSAMA PELAJAR TADIKA PASTI AIR PANAS

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2023

Mendedahkan kepada para peserta mengenai keunikan sambutan Hari Kemerdekaan yang disambut oleh seluruh rakyat Malaysia pada setiap tahun......... baca selanjutnya

KELAS BIMBINGAN ICT : PENGENALAN ASAS KOMPUTER & WINDOWS DAN LATIHAN DI WORDWALL KUIZ

Aktiviti Terkini | 8 Julai 2023

Mendedahkan kepada para peserta untuk mengetahui tentang pelbagai jenis komponen yang terdapat di dalam komputer......... baca selanjutnya

KELAS BIMBINGAN SOFT SKILL: MEMBUAT SENI KOLAJ DI GAMBAR HAIWAN KURA-KURA

Aktiviti Terkini | 11 Jun 2023

Kelas bimbingan soft skill ini adalah untuk melatih moto skill kanak-kanak menggunakan gam untuk menampal serta membuat tampalan dalam garisan gambar yang disediakan......... baca selanjutnya

KELAS BIMBINGAN STEM-IOT: MICROBIT FUTURE SKILL FOR ALL (FS4A) PENGAJARAN 1 HINGGA 3

Aktiviti Terkini | 3 & 4 Jun 2023

Untuk mededahkan pelajar tentang pengaturcaan siri microbit yang berkaitan dengan Subjek Reka Bentuk & Teknologi Silibus sekolah rendah........ baca selanjutnya

MESYUARAT HALATUJU DAN PERANAN PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDI) NEGERI MELAKA BERSAMA YB EXCO SAINS, TEKNOLOGI, INOVASI DAN KOMUNIKASI DIGITAL NEGERI MELAKA 2023

Aktiviti Terkini | 22 Mei 2023

Membentangkan laporan semasa prestasi Pusat Ekonomi Digital PEDi Negeri Melaka sepanjang awal penubuhan sehingga kini........ baca selanjutnya

KELAS BIMBINGAN ICT : INFOGRAFIK MENGGUNAKAN MICROSOFT POWERPOINT

Aktiviti Terkini | 6 Mei 2023

Menambah pengetahuan dan kemahiran berkaitan perisian persembahan Powerpoint........ baca selanjutnya

QURAN HOUR BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG SERI KESANG

Aktiviti Terkini | 13 April 2023

Sebuah aktiviti berimpak tinggi dimulakan dengan objektif menggalakkan Interaksi dengan al-Quran, Baca, Faham, Amal....... baca selanjutnya

“RAMADHAN INDOOR ACTIVITIES” BERSAMA PEDI AIR PANAS DAN PERPUSTAKAAN DESA BEMBAN

Aktiviti Terkini | 8 April 2023

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang permainan traditional yang makin lapuk ditelan zaman serta aktiviti yang berkaitan dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri. ....... baca selanjutnya

MENCIPTA KAD UCAPAN MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA BERTEMAKAN BULAN RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 12 Mac 2023

Aktiviti ini adalah untuk mempelajari cara menghasilkan sebuah kad ucapan yang kreatif dan menarik bertemakan bulan Ramadhan ....... baca selanjutnya

AKTIVITI BULANAN : KUIZ KAHOOT TENTANG BULAN RAMADAN

Aktiviti Terkini | 10 Mac 2023

Aktiviti ini adalah membuat ulangkaji tentang puasa di bulan Ramadhan yang bakal tiba pada bulan ini ....... baca selanjutnya

PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PENDUDUK KAMPUNG SERI KESANG OLEH KLINIK KESIHATAN KEMENDOR

Aktiviti Terkini | 8 Februari 2023

Menggalakkan komuniti khususnya golongan B40 untuk membuat pendaftaran PEKA B40....... baca selanjutnya

TAKLIMAT KDB BERTAJUK PERMAINAN DALAM TALIAN & WORD SEARCH KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

Aktiviti Terkini | 15 Januari 2023

Mendidik dan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan serta perlindungan semasa bermain game di dalam talian (online)....... baca selanjutnya

KELAS BIMBINGAN ICT : PENGENALAN ASAS MICROSOFT POWERPOINT

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2023

Menambah pengetahuan dan kemahiran berkaitan perisian persembahan...... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti