Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Kampung Ayer Panas ini terletak di negeri Melaka iaitu dibawah parlimen Jasin dan Dun Bemban. Berdekatan Kampung Ayer panas ini juga terdapat kampung serta taman-taman lain seperti Kampung Ulu-duyung, Kesang serta Bemban. Dahulu nya kampung Ayer panas ini terletak dibawah Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), namun setelah penubuhan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) pada tahun 2010, kampung Ayer Panas ini telah diurus oleh Pihak Berkuasa Tempatan MPHTJ.

Menurut sejarah, nama Kampung Ayer Panas mendapat namanya melalui sebuah kawasan yang mempunyai mata air yang panas secara semula jadi. Kawasan tersebut dijumpai oleh seorang penduduk kampung iaitu Tan Kim Tian pada sekitar 1884. Beliau kemudiannya membina dan membuka kolam mata air panas pada 8 Mei 1884.

Dahulu, Kampung Ayer Panas menjadi tempat tumpuan masyarakat kampung mengadakan Pesta Mandi Safar kerana air belerang yang dihasilkan dari mata air yang panas dikatakan boleh mengubati penyakit kulit dan lumpuh.

Kawasan mata air semula jadi kemudiannya telah dimajukan sebagai sebuah pusat rekreasi dan pelancongan yang dikenali dengan nama Pusat Rekreasi dan Kolam Air Panas. Namun, pengurusan pusat rekreasi telah diambil alih dan kini ia dikenali sebagai Taman Air Panas Semula jadi Jasin atau Jasin Hot Spring.

Di Kampung ini terdapat lebih kurang 80 buah rumah penduduk merangkumi 2 balai raya/Pusat khidmat masyarakat sebuah surau dan gelanggang Futsal. Daripada 2 balai raya itu, 1 daripadanya diambil alih oleh Pertubuhan Belia 4B (M) cwgn Ayer Panas untuk dijadikan bilik gerakan pertubuhan itu dan sebuah lagi telah diguna untuk menempatkan Pusat Internet 1 Malaysia.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


ATV FOREST CHALLENGE ANJURAN SRIKANDI MAYC KEBANGSAAN DENGAN KERJASAMA SRIKANDI MAYC MELAKA

Aktiviti Terkini | 19 Disember 2021

Aktiviti riadah dan sukan lasak bagi belia wanita........... baca selanjutnya

SESI TAKLIMAT SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN (SPPP) BERSAMA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

Aktiviti Terkini | 13 Disember 2021

Berkongsi cara pendaftaran menggunakan sistem ezbiz............ baca selanjutnya

LIVE FB: PERKONGSIAN MENGENAI PEDi & PAKEJ PERANTI DAN KELUARGA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 24 November 2021

Berkongsi tentang transformasi Pusat Internet Komuniti kepada Pusat Ekonomi Digital (PEDi)........... baca selanjutnya

LIVE FB: PROGRAM KESEDARAN TIPS ASAS MENGURUS KEWANGAN (BHG. 1 & 2)

Aktiviti Terkini | 17 & 20 Oktober 2021

Mempelajari saluran-saluran yang boleh dijadikan sebagai tempat menyimpan simpanan wang dan pelaburan sebagai permulaan khas untuk lepasan graduan.......... baca selanjutnya

WEBINAR TAKLIMAT ZAKAT PENDAPATAN BERSAMA ZAKAT NEGERI MELAKA

Aktiviti Terkini | 10 September 2021

Mendedahkan tentang kepentingan membayar zakat pendapatan bagi mereka yang telah bekerja. ......... baca selanjutnya

PROGRAM BACAAN YASSIN KAMPUNG AIR PANAS

Aktiviti Terkini | 6 Ogos - 30 September 2021

Bagi mendoakan rakyat Malaysia, penduduk Kampung Ayer Panas dan sekitarnya dijauhkan dari dijangkiti wabak Covid-19 dan dihindarkan dari segala perkara musibah, penyakit berbahaya serta dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat......... baca selanjutnya

BANTUAN #SETIAKAWAN

Aktiviti Terkini | 2 Ogos 2021

Membantu meringankan beban ketika pandemik ini........ baca selanjutnya

SUMBANGAN SARAPAN PAGI KEPADA PENDUDUK KAMPUNG AIR PANAS YANG SEDANG KUARANTIN

Aktiviti Terkini | 1 Ogos 2021

Staf PIK Air Panas diminta untuk menjadi wakil untuk memberi sumbangan sarapan pagi kepada penduduk yang sedang kuarantin oleh penderma prihatin. ....... baca selanjutnya

PROGRAM KORBAN BERSAMA SURAU KAMPUNG AIR PANAS

Aktiviti Terkini | 20 Julai 2021

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T....... baca selanjutnya

PROGRAM CERAMAH SSM ‘USAHAWAN BIJAK USAHAWAN BERDAFTAR’

Aktiviti Terkini | 11 Jun 2021

Berkongsi informasi terkini dari pihak SSM Melaka tentang perniagaan...... baca selanjutnya

PROGRAM KELAB KOMUNITI BEMBAN: BANTUAN KOMUNITI SEMPENA BULAN RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 1 Mei 2021

Menziarah dan menyalurkan bantuan makanan kering kepada penduduk di Mukim Ayer Panas yang memerlukan dan menyebarkan kesedaran suntikan Vaksin Covid-19...... baca selanjutnya

KAUNTER PENDAFTARAN VAKSIN MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA

Aktiviti Terkini | 4 & 11 April 2021

Untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan mendapatkan vaksin untuk Covid-19..... baca selanjutnya

FB LIVE : KLIK DENGAN BIJAK (WARGA DIGITAL MASA HADAPAN)

Aktiviti Terkini | 28 Mac 2021

Untuk memberi kesedaran kepada semua tentang pentingnya kesedaran tentang perkongsian atas talian..... baca selanjutnya

FB LIVE : PENGURUSAN RISIKO DALAM TALIAN, KAWAL SELIA KENDIRI

Aktiviti Terkini | 7 Februari 2021

Untuk memberi kesedaran kepada semua tentang pentingnya pengurusan risiko dalam talian dan kawal selia kendiri.... baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2021

Berkongsi cara-cara permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)... baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti