SUMBANGAN SARAPAN PAGI KEPADA PENDUDUK KAMPUNG AIR PANAS YANG SEDANG KUARANTIN.

Aktiviti terkini | 1 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Kampung Air Panas Jasin Melaka

Ringkasan Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Air Panas telah menjadi wakil untuk memberi sumbangan sarapan pagi kepada penduduk Kampung Air Panas yang sedang kuarantin di rumah. Sumbangan sarapan pagi adalah daripada penderma prihatin yang meminta untuk merahsiakan identiti beliau.


Tujuan:
• Membantu penduduk-penduduk Kampung Air Panas yang sedang kuarantin di rumah dari segi makanan.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Staf PIK Air Panas diminta untuk menjadi wakil untuk memberi sumbangan sarapan pagi kepada penduduk yang sedang kuarantin oleh penderma prihatin.
• Sebanyak 4 buah keluarga yang sedang kuarantin telah menerima sumbangan tersebut.
• Semua SOP iaitu penjarakan sebanyak 1-meter dan pemakaian pelitup muka dipatuhi oleh staf.


Kelebihan Aktiviti :
• Membantu keluarga yang sedang kuarantin di mana tiada ahli keluarga yang boleh keluar untuk rutin harian biasa mereka.
• Mewujudkan sifat prihatin dan empati dalam diri kepada penduduk yang berada dalam kuarantin, menunjukkan kita memahami situasi sukar yang mereka hadapi.
• Mewujudkan sifat tolong-menolong dan merapatkan ukhwah sesama penduduk di kala pandemik dan tidak meminggirkan mereka yang sedang berada dalam kesusahan



Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama