Mengenai NADI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif NADI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Ayer Panas ini terletak di negeri Melaka iaitu dibawah parlimen Jasin dan Dun Bemban. Berdekatan Kampung Ayer panas ini juga terdapat kampung serta taman-taman lain seperti Kampung Ulu-duyung, Kesang serta Bemban. Dahulu nya kampung Ayer panas ini terletak dibawah Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), namun setelah penubuhan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) pada tahun 2010, kampung Ayer Panas ini telah diurus oleh Pihak Berkuasa Tempatan MPHTJ.
Menurut sejarah, nama Kampung Ayer Panas mendapat namanya melalui sebuah kawasan yang mempunyai mata air yang panas secara semula jadi. Kawasan tersebut dijumpai oleh seorang penduduk kampung iaitu Tan Kim Tian pada sekitar 1884. Beliau kemudiannya membina dan membuka kolam mata air panas pada 8 Mei 1884.
Dahulu, Kampung Ayer Panas menjadi tempat tumpuan masyarakat kampung mengadakan Pesta Mandi Safar kerana air belerang yang dihasilkan dari mata air yang panas dikatakan boleh mengubati penyakit kulit dan lumpuh.
Kawasan mata air semula jadi kemudiannya telah dimajukan sebagai sebuah pusat rekreasi dan pelancongan yang dikenali dengan nama Pusat Rekreasi dan Kolam Air Panas. Namun, pengurusan pusat rekreasi telah diambil alih dan kini ia dikenali sebagai Taman Air Panas Semula jadi Jasin atau Jasin Hot Spring.
Di Kampung ini terdapat lebih kurang 80 buah rumah penduduk merangkumi 2 balai raya/Pusat khidmat masyarakat sebuah surau dan gelanggang Futsal. Daripada 2 balai raya itu, 1 daripadanya diambil alih oleh Pertubuhan Belia 4B (M) cwgn Ayer Panas untuk dijadikan bilik gerakan pertubuhan itu dan sebuah lagi telah diguna untuk menempatkan Pusat Internet 1 Malaysia.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024AKTIVITI BULANAN : PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN NADI TAMAN PAYA DALAM
Aktiviti Terkini | 19 September 2024Program ini dianjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional Taman Paya Dalam dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah. .... baca selanjutnya
KELAS ICT : GOOGLE MAPS
Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2024Kelas ini melibatkan 9 orang pelajar sekolah rendah yang berumur 8 tahun sehingga 11 tahun.... baca selanjutnya
KELAS ICT : DAFTAR DAN MENGISI BORANG SISTEM PENGURUSAN TANAH PERSEKUTUAN DAN PEMBAHAGIAN PUSAKA ONLINE
Aktiviti Terkini | 16 Julai 2024Melibatkan seorang peserta yang ingin membuat urusan berkaitan dengan pusaka tanah.... baca selanjutnya
KELAS ICT : LATIHAN WORDWALL - KATA TANYA
Aktiviti Terkini | 2 Jun 2024Melibatkan pelajar sekolah rendah yang berusia 7 tahun sehingga 11 tahun.... baca selanjutnya
KELAS ICT : PENDAFTARAN SEKOLAH DARJAH 1 DI LAMAN WEB SISTEM PENGURUSAN IDENTITI KPM (idME)
Aktiviti Terkini | 20 Mei 2024Melibatkan ibu bapa yang mempunyi anak berusia 6 tahun dan bakal memasuki darjah satu untuk tahun 2025.... baca selanjutnya
KELAS ICT : LATIHAN WORDWALL - PENGAJARAN TAHUN 2 - KATA KERJA
Aktiviti Terkini | 14 April 2024Seramai 7 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah mengikuti kelas ini.... baca selanjutnya
KELAS ICT : SITE GOOGLE KUIZ ONLINE QUIZZIZ SUBJEK BAHASA MELAYU TAHUN 1
Aktiviti Terkini | 4 Mac 2024Taklimat diberikan oleh kakitangan NADI kepada peserta tentang aktiviti yang akan dijalankan iaitu menjawab kuiz secara dalam talian.... baca selanjutnya
KELAS ICT: MICROSOFT PAINT - MEWARNA POSTER TEMA RAYA CINA
Aktiviti Terkini | 15 Februari 2024Aktiviti ini adalah untuk mempelajari cara menghasilkan sebuah lukisan dan warna yang kreatif menggunakan aplikasi Microsoft Paint.... baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (KDB) DAN S.A.F.E INTERNET DI SMK SIMPANG BEKOH
Aktiviti Terkini | 6 Februari 2024Program Advokasi ini adalah Kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh dan Pusat Internet Digital daerah Jasin Negeri Melaka... baca selanjutnya
EVENT BULANAN : PERTANDINGAN WORD SEARCH
Aktiviti Terkini | 21 Januari 2024Program ini melibatkan 10 orang pelajar sekolah rendah yang berumur dari 7-12 tahun ... baca selanjutnya
KELAS ICT : MICROSOFT POWERPOINT - MEMBUAT KAD UCAPAN TAHUN BARU
Aktiviti Terkini | 18 Januari 2024Kelas ini adalah untuk mempelajari pengenalan asas Microsoft Office Powerpoint... baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya