KELAS ICT : DAFTAR DAN MENGISI BORANG SISTEM PENGURUSAN TANAH PERSEKUTUAN DAN PEMBAHAGIAN PUSAKA ONLINE
Aktiviti terkini |16 Julai 2024
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Air Panas
Ringkasan Aktiviti:
• Melibatkan seorang peserta yang ingin membuat urusan berkaitan dengan pusaka tanah.
• Membuka dan menyemak maklumat di portal rasmi Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (JKPTGP)
• Kelas ini berjalan selama 1 jam
Tujuan:
• Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta membuat pendaftaran dan mengisi borang bagi urusan permohonan pembahagian pusaka.
• Ini juga dapat memudahkan peserta yang tiada kemudahan asas seperti internet dan komputer datang ke NADI untuk membuat permohonan secara dalam talian.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kakitangan NADI membantu peserta membuka laman web Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan.
• Peserta membuat pendaftaran akaun baru diportal awam dan melengkapkan maklumat yang diminta.
• Setelah mendaftar akaun, peserta mengisi borang yang telah disediakan dibahagian pembahagian tanah mengikut faraid
• Peserta melengkapkan maklumat dan dibantu oleh kakitangan NADI sekiranya ada masalah sepanjang sesi mengisi borang.
• Borang yang telah diisi akan dicetak untuk dihantar ke pejabat tanah daerah sebagai bukti permohonan secara dalam talian telah dilaksanakan.
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memberi kemudahan dan perkhidmatan lengkap kepada penduduk sekitar yang mempunyai urusan rasmi yang perlu diselesaikan.
• Terdapat juga kakitangan NADI yang akan membantu jika pengguna mempunyai masalah semasa mengisi maklumat secara dalam talian.
• Dapat menyebarkan lagi maklumat tentang perkhidmatan yang disediakan di NADI Air Panas dikalangan komuniti setempat terutamanya berkaitan dengan urusan rasmi.
Nama VIP:
• Tiada
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: