PROGRAM ADVOKASI TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (KDB) DAN S.A.F.E INTERNET DI SMK SIMPANG BEKOH
Aktiviti terkini |6 Februari 2024
Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh
Ringkasan Aktiviti:
• Program Advokasi ini adalah Kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh dan Pusat Internet Digital daerah Jasin Negeri Melaka.
• Seramai 67 orang pelajar terlibat dalam program Advokasi ini.
• Program ini mengandungi beberapa aktiviti seperti taklimat oleh pegawai PEDi mengenai konsep S.A.F.E. Internet, persembahan video mengenai kesan negatif dan positif penggunaan internet seperti “cyberbullying, phising, social media” dan lain-lain.
• Aktiviti lain yang turut dijalankan adalah kuiz berkenaan KDB dan S.A.F.E Internet.
Tujuan:
• Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang Program Kesedaran Klik Dengan Bijak
• Mendidik dan menyedarkan pelajar tentang keselamatan dan etika penggunaan internet.
• Menggalakkan pelajar untuk menggunakan internet dengan bijak, bertanggungjawab dan berhemah.
• Pada masa yang sama, program ini juga secara tidak langsung bertujuan untuk memberi pengetahuan berkaitan langkah-langkah untuk mencegah pelajar daripada terlibat atau menjadi mangsa jenayah siber dalam talian.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Taklimat pegawai PEDi mengenai konsep S.A.F.E. Internet.
• Persembahan video mengenai kesan negatif dan positif penggunaan interenet.
• Program ini telah menyentuh 4 code internet iaitu SMART (Jadilah warga digital yang bijak & selamat), AWARE (Sentiasa awas daripada penipuan dan scam), FORTIFY (Lindungi privasi dan data anda), dan EMPATHY (Membuat kebaikan adalah yang terbaik)
• Permainan interaktif mengenai situasi-situasi berkaitan internet.
Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan ilmu dan kemahiran pelajar dalam menghadapi cabaran dan peluang di dunia digital.
• Para peserta lebih faham bagaimana cara untuk mengelakkan diri dari terjebak dengan penyalahgunaan internet dan jenayah siber yang semakin berleluasa
• Membina sikap dan nilai yang positif dalam diri pelajar terhadap penggunaan internet.
• Para peserta menjadi lebih peka dengan fungsi serta pelbagai aktiviti yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital PEDi Air Panas
Nama VIP:
• Tiada
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: