AKTIVITI BULANAN : PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN NADI TAMAN PAYA DALAM

Aktiviti terkini |19 September 2024

Tempat Aktiviti:
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Air Panas


Ringkasan Aktiviti:
• Program ini terbuka kepada komuniti Taman Paya Dalam untuk semua peringkat umur.
• Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya mewarna, puzzle online dan word search.
• Terdapat juga pertandingan gubahan barangan terpakai yang terbuka semua peringkat umur.
• Pameran booth oleh Perkeso Melaka dan HSO – HS Optometrist Duyong.

Tujuan:
• Program ini dianjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional Taman Paya Dalam dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain dan memberi peluang kepada komuniti untuk menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pembukaan dan ucapan kata-kata aluan kepada pengujung yang menghadiri Program Hari Bertemu Pelanggan di NADI Taman Paya Dalam
• Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya mewarna untuk kanak-kanak, puzzle online untuk pelajar sekolah rendah dan word search untuk pelajar sekolah menengah.
• Nombor cabutan bertuah disediakan bagi menarik minat pengunjung.
• Pameran booth oleh perkeso Melaka bagi yang ingin mencari pekerjaan dan juga pameran booth HSO – HS Optometrist Duyong yang memberi perkhidmatan percuma pemeriksaan mata.
• Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap ketagori.

Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan mempromosikan aktiviti yang diadakan oleh NADI.
• Menarik minat komuniti setempat untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI.
• Menyambut baik program anjuran bersama agensi serta mengeratkan silaturrahim yang baik.

Nama VIP:
• YB Datuk Haji Rahmad Bin Mariman (Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama).
• Encik Umros (Pengerusi JPKK Paya Dalam).
• Puan Noor Adha Binti Hashim (Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah)


Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama