KELAS ICT : PENDAFTARAN SEKOLAH DARJAH 1 DI LAMAN WEB SISTEM PENGURUSAN IDENTITI KPM (idME)

Aktiviti terkini |20 Mei 2024

Tempat Aktiviti:
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Air Panas


Ringkasan Aktiviti:
• Melibatkan ibu bapa yang mempunyi anak berusia 6 tahun dan bakal memasuki darjah satu untuk tahun 2025.
• Ibubapa diminta untuk membuat akaun pendaftaran baru bagi ibu bapa dan penjaga
• Memastikan proses pendaftaran dilakukan dengan tepat dan lengkap dengan dokumen yang diperlukan agar permohonan penempatan ke tahun satu berjaya diselesaikan.

Tujuan:
• Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu ibubapa atau penjaga yang ingin memohon penempatan darjah 1 bagi anak masing-masing secara online.
• Ini juga dapat memudahkan ibu bapa yang tiada kemudahan asas seperti internet dan komputer untuk membuat permohonan anak ke sekolah.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kakitangan NADI membantu penjaga membuka laman web Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pendaftaran darjah 1.
• Untuk pengguna baru, ibu bapa atau penjaga perlu klik di ruangan pengguna baru bagi mendaftar butiran peribadi serta membuka akaun baru untuk pendaftaran.
• Pendaftaran hendaklah dilakukan oleh ibu, bapa atau penjaga yang sah kepada murid kerana pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID pengenalan penjaga.
• Penjaga perlu mengisi maklumat lengkap lain seperti maklumat prasekolah atau tadika, profil kesihatan dan rekod imunisasi anak.
• Setelah selesai, borang pendaftaran akan dicetak oleh kakitangan NADI dan diberi kepada penjaga untuk dihantar ke sekolah yang dimohon.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memberi kemudahan yang lengkap kepada ibu bapa atau penjaga bagi menyelesaikan sesi pendaftaran sekolah anak.
• Ianya juga dapat memudahkan permohonan murid ke tahun 1 tanpa ibu bapa perlu mengisi borang secara manual.
• Terdapat juga kakitangan NADI yang akan membantu jika ibu bapa atau penjaga mempunyai masalah dalam mengisi maklumat anak masing-masing.

Nama VIP:
• Tiada


Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama