EVENT BULANAN : PERTANDINGAN WORD SEARCH
Aktiviti terkini |21 Januari 2024
Pusat Ekonomi Digital PEDi Air Panas
Ringkasan Aktiviti:
• Program ini melibatkan 10 orang pelajar sekolah rendah yang berumur dari 7-12 tahun
• Aktiviti Word Search yang dilakukan adalah berkaitan dengan haiwan serangga.
• 3 orang peserta yang terpantas dan menghantar jawapan yang betul diberikan hadiah penghargaan daripada pihak PEDi
Tujuan:
• Membantu peserta meningkatkan kemampuan mereka dalam mencari dan mengidentifikasi perkataan.
• Aktiviti ini tidak hanya menguji kemahiran mengeja, tetapi juga mengasah kemampuan tumpuan peserta.
• Menggalakkan anak-anak di dalam komunti berhampiran untuk lebih berminat menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PEDi
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Aktiviti yang dijalankan dalam program ini termasuklah peserta diberikan set huruf yang berterabur untuk mencari perkataan tersembunyi
• Peserta kemudian perlu mencari perkataan atau nama haiwan serangga yang diberi didalam set huruf.
• Aktiviti Word Search ini diadakan adalah untuk menguji minda dan kepantasan para peserta dalam mencari perkataan di dalam puzzle yang disediakan.
• Kakitangan PEDi menggalakkan komuniti setempat untuk aktif menyertai setiap aktiviti yang dijalankan dari setiap peringkat umur.
Kelebihan Aktiviti :
• Membantu meningkatkan literasi bahasa peserta, kerana mereka perlu membaca, mengenal pasti, dan memahami perkataan-perkataan yang tersembunyi dalam permainan.
• Ia merangsang kemahiran kognitif peserta, seperti analisis dan penyelesaian masalah.
• Program ini juga membantu membangunkan kemahiran tumpuan peserta, yang sangat berguna dalam kehidupan pelajar.
• Menarik minat anak-anak dikalangan komuniti setempat untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan di PEDi Air Panas.
Nama VIP:
• Tiada
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: