KELAS ICT : SITE GOOGLE KUIZ ONLINE QUIZZIZ SUBJEK BAHASA MELAYU TAHUN 1

Aktiviti terkini |4 Mac 2024

Tempat Aktiviti:
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Air Panas


Ringkasan Aktiviti:
• Taklimat diberikan oleh kakitangan NADI kepada peserta tentang aktiviti yang akan dijalankan iaitu menjawab kuiz secara dalam talian.
• Peserta menjawab soalan didalam web kuiz online bagi kategori peringkat sekolah rendah iaitu subjek Bahasa Melayu.
• Antara jenis soalan Quizziz yang dijawab mengenai Subjek Bahasa Melayu tahun 1 adalah membina ayat, kata imbuhan dan juga menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberikan.

Tujuan:
• Aktiviti ini adalah memudahkan proses untuk mengetahui tahap penguasaan peserta dalam subjek Bahasa Melayu .
• Selain itu, menyediakan pembelajaran yang menawarkan element didik hibur menerusi pendekatan digital dan mengoptimumkan persediaan pelajar seiring arus Pendidikan abad ke-21.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Peserta menjawab latihan melalui web kuiz online sk Bahasa Melayu bagi Tahun 1
• Terdapat lebih 10 soalan kuiz yang diberikan kepada peserta untuk diselesaikan.
• Antara kuiz Bahasa Melayu yang terdapat didalam kuiz online sk yang dijawab oleh peserta adalah membina ayat, memadankan kan ayat dengan gambar yang diberi, pilih ayat tanya yang sesuai dan pelbagai lagi.
• Kuiz yang disediakan adalah selaras dengan sukatan pelajaran terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memperkenalkan bahan pembelajaran secara dalam talian yang lebih interaktif, komprehensif dan efektif.
• Melahirkan generasi akan datang yang cemerlang dari segi akademik menerusi pendidikan digital dan memupuk perkembangan minda pelajar.
• Memberi peserta peluang untuk belajar dan membuat latihan dalam talian menggunakan aktiviti interaktif dan memperkasakan ilmu dalam membangunkan perbendaharaan kata-kata.

Nama VIP:
• Tiada


Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama