KELAS ICT : GOOGLE MAPS
Aktiviti terkini |11 Ogos 2024
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Air Panas
Ringkasan Aktiviti:
• Kelas ini melibatkan 9 orang pelajar sekolah rendah yang berumur 8 tahun sehingga 11 tahun.
• Peserta mempelajari fungsi dan cara untuk mencari destinasi yang dikehendaki dengan menggunakan Google Maps.
• Kelas berlangsung selama 2 jam.
Tujuan:
• Kelas ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar berkaitan dengan pengenalan internet dan seterusnya mengajar cara untuk menggunakan Google maps.
• Google Maps merupakan kemudahan yang disediakan untuk pengguna dalam mencari arah jalan dan laluan terbaik untuk menuju kesesuatu destinasi.
• Dengan pandangan 2D serta 3D, pengguna perisian ini akan berjaya mencari destinasi tersebut.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Menarik minat peserta untuk mengetahui lebih lanjut akan kelebihan penggunaan internet terutamanya dalam membaca peta Google Maps.
• Dapat melatih peserta supaya lebih berkemahiran menggunakan perisian dalam komputer.
• Memberi lebih pendedahan dan kemahiran baru kepada peserta berkenaan ICT yang boleh digunakan dalam perkembangan pembelajaran peserta pada masa akan datang.
Kelebihan Aktiviti :
• Peserta diberi penerangan tentang cara penggunaan internet dan Google Maps.
• Peserta diminta untuk membuka Google maps di komputer dan menaip alamat rumah masing-masing bagi mencari lokasi keberadaan rumah di peta digital.
• Berdasarkan lokasi yang dicari, peserta diminta untuk menggubah peta 2D menjadi 3D bagi melihat dengan lebih jelas gambaran lokasi secara nyata.
• Peserta juga diminta mencari lokasi seperti Pusat Sebaran Maklumat Nasional Air Panas, sekolah, pusat bandar, dan beberapa tempat penting.
Nama VIP:
• Tiada
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: