KELAS ICT : LATIHAN WORDWALL - KATA TANYA
Aktiviti terkini |2 Jun 2024
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Air Panas
Ringkasan Aktiviti:
• Melibatkan pelajar sekolah rendah yang berusia 7 tahun sehingga 11 tahun.
• Kakitangan NADI telah membuat sesi kelas di NADI Air Panas tentang pembelajaran secara dalam permainan iaitu Wordwall
• Pelajar didedahkan dengan pembelajaran bahasa Melayu didalam bab kata tanya.
Tujuan:
• Tujuan pendekatan program ini digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
• Dengan menggunakan aplikasi “Wordwall“ secara dalam talian, semua peringkat umur peserta dapat menggunakannya kerana ianya merupakan latih tubi dalam mengasah pengetahuan am pelajar.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Taklimat tentang fungsi NADI diberikan oleh kakitangan NADI Air Panas.
• Pengenalan tentang laman web Wordwall sebagai salah satu platform pembelajaran dalam talian.
• Pelajar membuat latihan dan belajar tentang apa itu kata tanya.
• Kelas telah berlangsung selama 1 jam.
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat berkongsi tips dan pembelajaran secara bersemuka bersama-sama peserta dalam subjek Bahasa Melayu.
• Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran
• Menambah pengetahuan tentang penggunaan kata kerja subjek Bahasa Melayu
• Mendedahkan kepada peserta dalam komuniti dan penduduk setempat berkenaan kelas- kelas bimbingan yang dijalankan di NADI AirPanas.
Nama VIP:
• Tiada
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: