KELAS ICT: MICROSOFT PAINT - MEWARNA POSTER TEMA RAYA CINA
Aktiviti terkini |15 Februari 2024
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Air Panas.
Ringkasan Aktiviti:
• Aktiviti ini adalah untuk mempelajari cara menghasilkan sebuah lukisan dan warna yang kreatif menggunakan aplikasi Microsoft Paint.
• Seramai 11 orang peserta menyertai kelas ini terdiri daripada kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 12 tahun.
• Aktiviti ini dijalankan bersempena cuti sekolah dan sambutan Tahun Baru Cina.
Tujuan:
• Memberi pendedahan kepada para peserta belajar cara untuk melukis dan mewarna secara digital di aplikasi Microsoft Paint.
• Mencungkil bakat serta memberi pendedahan yang baru di mana mereka dapat mengendalikan tetikus untuk melukis dan mewarnakan lukisan tersebut.
• Memeriahkan serta meraikan perayaan Tahun Baru Cina.
• Memupuk semangat ingin belajar pelbagai ilmu ICT dan cekap menggunakan kemudahan komputer yang disediakan di PEDi
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Para peserta belajar secara lebih terperinci dalam menggunakan aplikasi Microsoft Paint yang mempunyai pelbagai fungsi yang mudah dan menarik
• Peserta diberi penerangan tentang setiap ikon dan simbol di dalam Microsoft paint tersebut.
• Para peserta meningkatkan kemahiran mewarna poster secara digital di komputer bertemakan “Happy Chinese New Year”
• Menggalakkan pelajar untuk mengasah bakat seni mewarna dan kreativiti mereka dalam bidang kesenian.
Kelebihan Aktiviti :
• Menarik minat peserta untuk mengetahui lebih lanjut akan kelebihan penggunaan microsoft paint.
• Menggalakkan kreativiti dalam diri pada peserta untuk menghasilkan sebuah lukisan berwarna secara digital.
• Melatih peserta supaya lebih berkemahiran menggunakan perisian dalam komputer.
• Memberi lebih pendedahan dan kemahiran baru kepada peserta berkenaan IT dan ICT yang boleh digunakan dalam perkembangan pembelajaran peserta pada masa akan datang.
Nama VIP:
• Tiada
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: