KELAS ICT : LATIHAN WORDWALL - PENGAJARAN TAHUN 2 - KATA KERJA
Aktiviti terkini |14 April 2024
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Air Panas
Ringkasan Aktiviti:
• Seramai 7 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah mengikuti kelas ini.
• Kelas bimbingan mengenai penggunaan ayat dan membina ayat dengan menggunakan kata kerja.
• Pelajar membuat latihan dan menjawab kuiz di laman web Wordwall bagi pengajaran tahun 2 subjek Bahasa Melayu bahagian Kata Kerja.
Tujuan:
• Tujuan kelas ICT Wordwall ini adalah bagi membantu murid meningkatkan pemahaman dan keupayaan mereka dalam memahami fungsi dan penggunaan kata kerja untuk subjek Bahasa Melayu.
• Melalui kelas ini juga murid lebih giat dan berminat mengikuti pengajaran yang dijalankan dengan integrasi ICT berbanding dengan pengajaran yang bersifat tradisional.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pelajar diminta membuka laman web Wordwall Bahasa Melayu tahun 2 dan memilih latihan kata kerja.
• Dengan penerangan yang biberikan oleh kakitangan NADI, pelajar perlu menjawab soalan yang disediakan di Wordall.
• Pelajar perlu membuat ayat dengan memilih jawapan yang betul berdasarkan gambar yang diberi.
• Pelajar menjawab soalan sehingga selesai dan perlu mendapat markah penuh 10/10 bagi melihat tahap permahaman pelajar untuk kelas ini.
Kelebihan Aktiviti :
• Membantu pelajar dalam pengguasaan penggunaan kata kerja.
• Membantu meningkatkan motivasi dan minat pelajar untuk belajar Bahasa Melayu.
• Mempromosikan maklumat tentang program-program serta peranan NADI kepada komuniti setempat.
• Wordwall juga dapat membantu mempertingkatkan pemahaman dan penggunaan imbuhan pelajar dengan lebih baik melalui pelbagai pilihan latihan.
Nama VIP:
• Tiada
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: