PROGRAM BULANAN / KELAS SOFTSKILL : MEMBUAT KIPAS TANGAN BERSEMPENA SOLIDARITI PALESTIN

Aktiviti terkini |20 Disember 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Air Panas


Ringkasan Aktiviti:
• Program ini adalah program mewarna dan membuat kipas tangan yang dijalankan bagi memberi tanda sokongan kepada solidariti kepada pergolakan yang berlaku Palestin.
• Seramai 11 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah yang terlibat dengan program ini.
• Program ini dijalankan bagi memberi pengetahuan tentang isu semasa yang sedang berlaku di Palestin.

Tujuan:
• Program ini bertujuan untuk menggambarkan suasana keamanan, kedamaian dan kesejahteraan sejagat yang perlu dipupuk dikalangan peserta.
• Mempromosikan kedamaian dengan memberi maklumat tentang pentingnya kedamaian, keadilan dan keharmonian dalam masyarakat.
• Menggalakkan anak-anak didalam komunti berhampiran untuk lebih berminat menyertai aktiviti yang dianjurkan.
• Menggalakkan kanak-kanak untuk membuat aktiviti yang bermanfaat semasa cuti sekolah di PEDi Air Panas.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Para peserta diberi penerangan tentang isu semasa yang sedang berlaku di Palestin.
• Para peserta turut diajar tentang sikap empati dan keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami individu lain tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial.
• Peserta diberikan lukisan bercorak tangan beserta gambar bendera Palestin untuk diwarna mengikut kreativiti masing-masing.
• Peserta kemudiannya akan menggunting lukisan yang telah diwarna mengikut bentuk yang ditetapkan
• Akhir sekali peserta akan menampal batang kayu ais-krim untuk membuat bahagian pemegang kepada kipas.

Kelebihan Aktiviti :
• Fokus pada sifat kemanusiaan dengan menekankan perjuangan kemanusiaan dan pentingnya kedamaian bukannya elemen keganasan atau kontroversi.
• Mendidik peserta dengan nilai-nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia dan sifat ihsan.
• Menerapkan elemen kasih saying, saling hormat-menghormati dan empati dikalangan peserta.
• Menarik minat anak-anak dikalangan komuniti setempat untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang telah disedikan di PEDi Air Panas.

Nama VIP:
• Tiada


Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama