MESYUARAT HALATUJU DAN PERANAN PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDI) NEGERI MELAKA BERSAMA YB EXCO SAINS, TEKNOLOGI, INOVASI DAN KOMUNIKASI DIGITAL NEGERI MELAKA 2023

Aktiviti terkini | 22 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan Malinongsari, Hotel AMES Ayer Keroh

Nama VIP:
Yang Berhormat Encik Fairul Nizam bin Roslan
• Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital


Ringkasan Aktiviti:
● Mesyuarat halatuju ini bagi membincangkan halatuju dan peranan PEDi negeri Melaka
● Mesyuarat ini melibatkan 30 buah Pusat Ekonomi Digital di Negeri Melaka, Exco & Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, kakitangan MCMC Negeri Melaka, dan pihak media seperti Bernama TV
● Perbincangan berkenaan halatuju PEDi dalam memperkenalkan peranan PEDi kepada penduduk setempat dan melahirkan Usahawan Digital Negeri Melaka 2023.


Tujuan:
● Membentangkan laporan semasa prestasi Pusat Ekonomi Digital PEDi Negeri Melaka sepanjang awal penubuhan sehingga kini.
● Membincangkan halatuju PEDi di masa akan datang bagi membantu lebih ramai lagi usahawan berjaya dalam perniagaan yang dibimbing oleh kakitangan PEDi
● Membincangkan hal isu isu semasa yang melibatkan pembangunan PEDi bagi menambahbaik mutu prestasi PEDi dalam menyumbangkan sesuatu kepada komuniti setempat


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
● Seorang wakil Ketua Kluster PEDi daripada setiap Daerah iaitu daerah Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah membuat pembentangan pencapaian prestasi PEDi dan maklumat keusahawanan yang berjaya dilatih oleh kakitangan PEDi.
● YB Exco menyarankan agar setiap PEDi dapat melahirkan sekurang-kurangnya 5 orang usahawan berjaya setahun, supaya dapat membantu ramai lagi usahawan di kawasan PEDi.
● Beliau turut menyarankan agar setiap PEDi di Melaka perlu melakukan anjakan paradigma dalam memastikan pusat sehenti itu kekal relevan.


Kelebihan Aktiviti :
● Para petugas PEDi dapat membentangkan info dan maklumat yang tepat tentang prestasi perkembangan PEDi dan keusahawanan kepada Yang Berhormat Exco.
● Kakitangan PEDi, service provider, dan MCMC lebih peka tentang harapan daripada Pihak Kerajaan Negeri mengenai halatuju PEDi di masa akan datang bagi menambahbaik prestasi Pusat Ekonomi Digital di masa akan datang.
● Ahli Mesyuarat terutamanya media dan pihak Kerajaan Negeri lebih faham tentang fungsi dan peranan PEDi.



Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama