KELAS BIMBINGAN ICT : PENGENALAN ASAS KOMPUTER & WINDOWS DAN LATIHAN DI WORDWALL KUIZ
Aktiviti terkini | 8 Julai 2023
PEDi Air Panas
Nama VIP:
Tiada
Ringkasan Aktiviti:
• Kelas bimbingan ICT mengenai pengenalan asas komputer & windows
• Seramai 9 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah
• Peserta menjawab soalan latihan dan kuiz di laman web Wordwall setelah selesai sesi penerangan mengenai topik pengenalan asas komputer
Tujuan:
• Mendedahkan kepada para peserta untuk mengetahui tentang pelbagai jenis komponen yang terdapat di dalam komputer
• Para peserta mempelajari mengenai komponen input dan output komputer, monitor, papan kekunci, kamera web,etc
• Menambah pengetahuan peserta supaya mengetahui apakah fungsi dan nama bagi setiap komponen komputer yang digunakan semasa mereka belajar di PEDi
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Para peserta diperkenalkan dengan setiap komponen input & output komputer yang terdapat di PEDi
• Setiap komponen komputer mempunyai fungsi yang tersendiri
• Peserta membuat ulangkaji latihan di laman web Wordwall tentang setiap teori yang telah diterangkan bagi mengasah daya ingatan mereka
• Kakitangan PEDi menerangkan tentang windows yang terkini digunakan oleh pengguna sesuai dengan keperluan teknologi semasa
Kelebihan Aktiviti :
• Peserta memahami nama setiap komponen komputer & windows yang sering digunakan di PEDi semasa sesi pembelajaran
• Menambah ilmu pengetahuan IT yang semakin digunakan oleh pengguna teknologi
• Para peserta dapat mengetahui ciri-ciri, fungsi serta nama bagi setiap komponen yang terdapat di dalam komputer yang sering digunakan mereka untuk menyiapkan tugasan sekolah
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: