KELAS BIMBINGAN SOFT SKILL: MEMBUAT SENI KOLAJ DI GAMBAR HAIWAN KURA-KURA

Aktiviti terkini | 11 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Air Panas

Nama VIP:
Tiada

Ringkasan Aktiviti:
• Para peserta membuat seni kolaj tampalan di atas sebuah gambar haiwan kura-kura
• Seramai 15 orang peserta menyertai kelas ini terdiri daripada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun
• 3 orang peserta yang membuat kolaj tampalan paling menarik dan kreatif mendapat hadiah penghargaan daripada pihak PEDi


Tujuan:
• Kelas bimbingan soft skill ini adalah untuk melatih moto skill kanak-kanak menggunakan gam untuk menampal serta membuat tampalan dalam garisan gambar yang disediakan.
• Melatih kanak-kanak untuk menghasilkan karya seni yang kreatif melalui pelbagai teknik menarik.
• Menggalakkan kanak-kanak untuk membuat aktiviti yang bermanfaat semasa cuti hujung minggu di PEDi Air Panas.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Para peserta menggunakan pelbagai kertas warna yang menarik untuk membuat kolaj tampalan
• Teknik ini mudah digunakan dan selamat untuk kanak-kanak yang masih belum mahir menggunakan gunting sebagai alatan seni.
• Setiap peserta menghasilkan sebuah kolaj menggunakan teknik tampalan yang mudah mengikut gambar objek yang telah disediakan


Kelebihan Aktiviti :
• Merangsang skill moto tangan kanak-kanak melalui penggunaan gam dan koyakan kertas dalam teknik tampalan kolaj
• Mendedahkan peserta untuk membuat teknik seni yang menarik dan mudah
• Menarik minat anak-anak dikalangan komuniti setempat untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan di PEDi Air Panas



Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama