KELAS KEUSAHAWANAN : PENDAFTARAN PERNIAGAAN DI PLATFORM DIGITAL MUDAH.MY
Aktiviti terkini | 19 September 2023
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Air Panas
Ringkasan Aktiviti:
• Kelas bimbingan usahawan mendaftar akaun perniagaan di laman web Mudah.my
• Menyediakan portal iklaneka dalam talian untuk kedua-dua pembeli dan penjual.
• Diajar langkah demi langkah bagaimana untuk mendaftar akaun PRO Niaga
• Belajar serba sedikit aspek yang penting dalam penulisan iklan.
Tujuan:
• Menggalakkan para usahawan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka secara dalam talian
• Menambah ilmu para usahawan untuk memulakan perniagan di platform e-dagang yang semakin dikenali oleh para penjual.
• Membimbing usahawan untuk memuat naik gambar dan maklumat niaga yang akan diiklankan di Mudah.my.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Usahawan dibimbing cara untuk membuka akaun perniagaan e-dagang di platform Mudah.my.
• Kakitangan PEDi membantu usahawan untuk membina profil dan kredibiliti usahawan sebagai penjual/peniaga
• Usahawan dibimbing untuk memuat naik maklumat produk yang ingin dijual dan juga cara-cara untuk memuatnaik iklan yang disediakan oleh usahawan.
Kelebihan Aktiviti :
• Menarik minat usahawan untuk mengembangkan lagi empayar perniagaan yang sedang dijalankan seiring dengan perkembangan teknologi terkini
• Meningkatkan jualan keuntungan usahawan dalam platform e-dagang online
• Menggalakkan para usahawan menggunakan platform digital juga digunakan dalam menjalankan perniagaan dan untuk berhubung dengan orang lain di seluruh dunia.
• Para usahawan dapat mempelajari cara portal iklaneka dalam talian untuk kedua-dua pembeli dan penjual yang cuba memikat komuniti Internet untuk transaksi perniagaan mereka.
Nama VIP:
Tiada
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: