KELAS BIMBINGAN ICT : PENGENALAN ASAS MICROSOFT POWERPOINT
Aktiviti terkini | 14 Januari 2023
PEDi Air Panas
Nama VIP:
TIADA
Ringkasan Aktiviti:
• Kelas ini adalah untuk mempelajari pengenalan asas Microsoft Office Powerpoint
• Pengenalan Asas penggunaan Microsoft Powerpoint diajarkan kepada peserta berumur 12 tahun ke atas
• Aktiviti lain yang turut dijalankan adalah menjawab soalan latih tubi mengenai Microsoft Powerpoint di liveworksheet
Tujuan:
• Menambah pengetahuan dan kemahiran berkaitan perisian persembahan
• Mengaplikasikan penggunaan Microsoft Office Powerpoint dalam pembentangan tugasan atau laporan
• Menjana pemikiran kreatif dan inovatif dalam menghasilkan slaid
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
● Para peserta belajar secara lebih terperinci dalam Microsoft Powerpoint seperti cara menghasilkan carta, table cara memasukkan gambar dan banyak lagi
● Para peserta meningkatkan kemahiran menggunakan powerpoint untuk menyiapkan tugasan kerja sekolah
● Mempromosikan maklumat tentang program-program serta peranan PEDi kepada komuniti setempat
Kelebihan Aktiviti :
● Menggalakkan para peserta untuk mempelajari ilmu baharu mahupun asas dalam Microsoft Powerpoint
● Para peserta lebih mahir dalam menghasilkan carta, table , cara memasukkan gambar dan banyak lagi menggunakan data yang diberikan
● Peserta dapat menghasilkan slaid yang menarik dan padat dengan maklumat
● Para peserta menjadi lebih peka dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital PEDi Air Panas dalam usaha meningkatkan pengetahuan IT para komuniti setempat
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: