MEMBUAT TOPENG MATA BERTEMAKAN HARI MALAYSIA

Aktiviti terkini | 9 September 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Air Panas.
Ringkasan Aktiviti:
• Aktiviti ini dijalankan bagi memberi pengenalan tentang Hari Malaysia.
• Seramai 11 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah.
• Aktiviti ini adalah kerjasama dengan PEDi Taman Paya Dalam.

Tujuan:
• Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta tentang Hari Malaysia . • Melahirkan dan meneruskan semangat cinta akan negara selepas meraikan hari Kemerdekaan dengan melalui pelbagai aktiviti menarik.
• Menggalakkan anak-anak didalam komunti berhampiran untuk lebih berminat menyertai aktiviti yang dianjurkan.
• 'Eye-Hand Coordination, Aktiviti menggunting kertas misalnya sangat bagus untuk meningkatkan penggunaan koordinasi mata-tangan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Para peserta akan diberi lukisan bercorak untuk diwarna mengikut kreativiti masing-masing.
• Peserta kemudiannya akan menggunting lukisan yang telah diwarna mengikut bentuk yang ditetapkan
• Menggalakkan pelajar untuk mengasah bakat seni mewarna dan kreativiti mereka dalam bidang kesenian.

Kelebihan Aktiviti :
• Para peserta dapat menghayati makna hari Malaysia dengan lebih mendalam melalui penglibatan pelbagai aktiviti yang berkaitan.
• Memupuk jati diri anak-anak untuk belajar cintakan tanah air dan lebih mengenali Malaysia
• Para peserta juga berjaya menjadi seorang yang kreatif dan berseni.

Nama VIP:
Tiada


Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama