PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PENDUDUK KAMPUNG SERI KESANG OLEH KLINIK KESIHATAN KEMENDOR
Aktiviti terkini | 8 Februari 2023
Perpustakaan Desa Kampung Seri Kesang
Nama VIP:
Tuan Haji Sabarudin Bin Said (Pengerusi JPKK Kampung Seri Kesang)
Ringkasan Aktiviti:
• Program ini dijalankan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Kemendor, JPKK Kampung Seri Kesang, Perpustakaan Desa Kg Seri Kesang serta Pusat Ekonomi Digital PEDi Kemendor & PEDi Sg Rambai
• Seramai 50 orang pengunjung yang hadir ke program saringan kesihatan
• Aktiviti utama yang turut dijalankan adalah saringan kesihatan: tekanan darah, BMI, ujian papsmear dan banyak lagi.
Tujuan:
• Menggalakkan komuniti khususnya golongan B40 untuk membuat pendaftaran PEKA B40
• Menarik lebih ramai untuk membuat ujian saringan kesihatan bagi menjaga kesihatan
• Memberi pendedahan kepada komuniti untuk mengetahui fungsi Pusat Ekonomi Digital PEDi
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
● Antara aktiviti lain yang turut dijalankan adalah pertandingan mewarna bagi kategori kanak-kanak serta pertandingan Word Search yang disediakan oleh pihak PEDi
● Taklimat mengenai Covid-19 turut disampaikan oleh Doktor wakil daripada Klinik Kesihatan Kemendor dalam usaha mepupuk kesedaran pencegahan wabak Covid-19
● Aktiviti Penyampaian hadiah disampaikan oleh JPKK Kampung Seri Kesang
Kelebihan Aktiviti :
● Menggalakkan komuniti untuk menerapkan kepentingan menjaga kesihatan tidak mengira usia
● Memupuk semangat dalam menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kepada para komuniti setempat
● Menggalakkan komuniti untuk hadir ke Perpustakaan Desa dan Pusat Ekonomi Digital
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: