“RAMADHAN INDOOR ACTIVITIES” BERSAMA PEDI AIR PANAS DAN PERPUSTAKAAN DESA BEMBAN
Aktiviti terkini | 8 April 2023
Perpustakaan Desa Bemban
Nama VIP:
Tiada
Ringkasan Aktiviti:
● Aktiviti ini adalah aktiviti sukaneka santai secara “indoor” yang dijalankan di Bulan Ramadhan
● Seramai 13 orang peserta menyertai aktiviti ini
● Beberapa aktiviti yang dilaksanakan mengikut peringkat umur kanak-kanak & dewasa
● Program ini adalah kerjasama dengan Perpustakaan Desa Bemban.
Tujuan:
● Memberi pendedahan kepada para peserta tentang permainan traditional yang makin lapuk ditelan zaman serta aktiviti yang berkaitan dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.
● Memupuk semangat untuk mengikuti aktiviti santai semasa melaksanakan ibadah puasa Ramadhan
● Menggalakkan anak-anak di dalam komunti berhampiran untuk lebih berminat menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PEDi dan Perpustakaan Desa
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
● Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti anyaman kertas gambar ikan, membuat kad ucapan hari raya, membaca, permainan congkak dan teka teki.
● Penyampaian hadiah adalah bagi setiap kategori aktiviti dan peringkat umur.
● Kakitangan PEDi menggalakkan komuniti setempat untuk aktif menyertai setiap aktiviti yang dijalankan dari setiap peringkat umur.
Kelebihan Aktiviti :
● Memupuk kreativiti peserta untuk menghasilkan anyaman dan kad hari raya yang menarik.
● Para peserta dapat menimba pengalaman baru melalui aktiviti traditional seperti permainan congkak serta anyaman yang tidak pernah dicuba oleh para peserta sebelum ini.
● Para peserta menjadi lebih peka dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan di PEDi dalam usaha meningkatkan pengetahuan para komuniti setempat
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: