KELAS BIMBINGAN STEM-IOT: MICROBIT FUTURE SKILL FOR ALL (FS4A) PENGAJARAN 1 HINGGA 3

Aktiviti terkini | 3 & 4 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Air Panas

Nama VIP:
Tiada

Ringkasan Aktiviti:
• Peserta mempelajari asas pengaturcaraan siri Microbit di dalam laman web Future Skill For All (FS4A).
• penyertaan terdiri daripada pelajar sekolah rendah darjah 4 hingga 6 menyertai kelas bimbingan ini.
• Para peserta membuat pengaturcaraan di dalam pengajaran 1 hingga 3 yang mempunyai kuiz latihan.


Tujuan:
• Untuk mededahkan pelajar tentang pengaturcaan siri microbit yang berkaitan dengan Subjek Reka Bentuk & Teknologi Silibus sekolah rendah
• Mengalakkan pelajar berminat untuk mempelajari siri microbit yang mudah dan menarik.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Future Skills For All (FS4A) adalah sumber atas talian untuk memudahkan pengajaran dan menambahkan keseronokan dalam mempelajari kehebatan sains komputer.
• Peserta mempelajari tentang input dan ouput di dalam pengajaran 1 sebagai ilmu asas untuk meneruskan pengaturcaraan seterusnya.
• Dalam pengajaran 2 pula, pelajar mempelajari tentang light emitting diode (LED) bagi mengeluarkan tenaga Cahaya melalui blok aturcara luaran LED.
• Selain itu, pelajar menggunakan buzzer untuk mengeluarkan bunyi nyanyian lagu burung kakak tua di dalam pengajaran 3.


Kelebihan Aktiviti :
• Para pelajar dapat mengetahui asas dan pengajaran yang lebih mendalam melalui laman web yang mudah diakses.
• Para pelajar lebih faham tentang siri microbit kerana laman web FS4A mempunyai panduan melalui video serta soalan kuiz yang mudah.
• Pelajar menjadi lebih kreatif untuk menghasilkan sebuah projek haiwan microbit yang mudah melalui laman FS4A
• Para pelajar dapat didedahkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan oleh kakitangan PEDi Air Panas.



Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama