PROGRAM BULANAN : TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (KDB)/ SAFE INTERNET & KUIZ KAHOOT

Aktiviti terkini |20 Disember 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Air Panas


Ringkasan Aktiviti:
• Program ini dijalankan adalah bagi memberi pengenalan dan penerangan tentang S.A.F.E Internet, Buli Siber dan keselamatan internet.
• Seramai 11 orang peserta menyertai kelas ini yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun
• Peserta menyertai permainan kuiz Kahoot untuk menguji kefahaman peserta terhadap maklumat yang disampaikan.
• 3 orang peserta yang mendapat markah tertinggi diberikan hadiah penghargaan daripada pihak PEDi

Tujuan:
• Memberi pendedahan tentang Keselamatan Internet dengan memberi kesedaran kepada peserta supaya lebih memahami dan bertanggungjawab semasa melayari internet dan media sosial
• Memupuk sikap waspada dan peka dengan sebarang ancaman yang berlaku ketika menggunakan internet seperti scam, phising, kecurian identiti dan banyak lagi.
• Mendidik dan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan di dalam penggunaan internet.
• Menggalakkan anak-anak di dalam komunti berhampiran untuk lebih berminat menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PEDi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan tanggungjawab menggunakan internet dan melayari dunia siber dengan selamat.
• Menerangkan tentang penggunaan Internet yang menawarkan pelbagai sumber maklumat, tetapi jika digunakan tanpa pengetahuan dan perlindungan yang betul, ia boleh mengancam keselamatan kita di dunia nyata.
• Taklimat ini dijalankan dengan menyiarkan slide presentation berbentuk animasi kartun dan terdapat juga video pendek untuk tontonan supaya ianya lebih dekat dengan jiwa peserta dan paling penting ianya mudah untuk difahami.
• Setelah selesai sesi taklimat, staf PEDi mengadakan permainan kuiz Kahoot untuk menguji kefahaman murid terhadap maklumat yang disampaikan.
• Petugas memberi sedikit cenderahati kepada murid yang Berjaya mendapat markah tertinggi iaitu tempat pertama, kedua dan ketiga.

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta lebih memahami bahawa setiap individu harus memainkan peranan dalam menggalakkan penggunaan Internet yang positif, bertanggungjawab, sensitif dan beretika serta selamat.
• Peserta lebih faham bagaimana cara untuk mengatasi masalah dalam ancaman siber dengan lebih bijak.
• Meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan di Internet.
• Menarik minat anak-anak dikalangan komuniti setempat untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan di PEDi Air Panas.

Nama VIP:
• Tiada


Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama