KELAS BIMBINGAN ICT : CARIAN MAKLUMAT TUGASAN KERJA KURSUS SEKOLAH MENENGAH DI GOOGLE
Aktiviti terkini |3 November 2023
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Air Panas
Ringkasan Aktiviti:
• Kelas bimbingan ini akan mendedahkan pelajar dengan kemahiran carian maklumat dengan menggunakan laman web Google untuk menyediakan kerja kursus pelajar.
• Penglibatan kelas ICT ini adalah melibatkan pelajar sekolah menengah.
• Pelajar ini juga akan didedahkan dengan kemahiran menambah gambar dari hasil carian google ke dalam Microsoft Office Word
Tujuan:
• Belajar dan menggunakan teknik carian yang betul untuk mendapatkan hasil carian maklumat yang lebih tepat.
• Mendedahkan para pelajar dengan Google search operator adalah huruf, perkataan atau arahan khas yang boleh digunakan dalam Google search untuk hasil pencarian yang lebih tepat.
• Memupuk semangat mempelajari perkara baru dalam pengetahuan maklumat komputer
• Berkongsi informasi mengenai peranan dan fungsi PEDi kepada komuniti melalui pelbagai aktiviti.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Susunan kata kunci carian mestilah berada di dalam susunan yang betul untuk mendapatkan hasil carian yang lebih tepat.
• Para pelajar belajar asas carian maklumat di google dan bagaimana menggunakan aplikasi tersebut untuk pelbagai tujuan seperti penuliasan kerja kursus.
• Pelajar didedahkan dengan jenis filetype: Carian untuk jenis fail tertentu contohnya jpeg dan pdf.
• Memasukkan hasil carian google ke dalam Microsfot Office Word.
• Mempromosikan maklumat tentang program-program serta peranan PEDi kepada komuniti setempat
Kelebihan Aktiviti :
• Menggalakkan para peserta untuk mempelajari ilmu baharu mahupun asas dalam cara guna google search operator.
• Para peserta dapat mempelajari teknik carian maklumat dengan menggunakan Google search untuk hasil pencarian yang lebih tepat.
• Para peserta dapat belajar tentang bagaimana untuk menggunakan perisian internet komputer semaksima mungkin.
• Para peserta menjadi lebih peka dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital PEDi Air Panas dalam usaha meningkatkan pengetahuan IT para komuniti setempat.
Nama VIP:
• Tiada
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: