JELAJAH SAYA DIGITAL @ MELAKA BERSEMPENA SMART MELAKA INTERNATIONAL CONFERENCE AND EXPO (SMIX) 2023

Aktiviti terkini | 14 Oktober 2023

Tempat Aktiviti:
Auditorium, Aras 1, MITC
Ringkasan Aktiviti:
• Perasmian oleh YB Datuk Fairul Nizam Bin Roslan, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka.
• Sesi Perkongsian oleh MDEC: Tentang apa itu dan matlamat Jelajah Saya Digital.
• Penerangan dan tip bagi usahawan online bisnes bagi sesi perkongsian MDEC: eUsahawan.
• Perkongsian tip untuk cara tambah pendapatan dan tip kemahiran digital bersama MDEC: GLOW & eRezeki.
• Sesi perkongsian oleh Rakan Strategik daripada KWSP, Perkeso, Tiktok Shop, TM Unifi dan juga bersama Touch n Go Digital & F-Secure.

Tujuan:
• Menggalakkan para usahawan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka secara dalam talian dengan menggunakan pelbagi platform e-dagang yang ada di Malaysia atau luar Negara.
• Memberi penerangan dan pendedahan kepada rakyat Malaysia berkenaan dengan inisiatif dan peluang yang ada dalam dunia digital yang semakin berkembang.
• Matlamat utama inisiatif ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira lokasi mereka sama ada dibandar atau luar bandar.
• Inisiatif Saya Digital diwujudkan bagi meningkatkan keupayaan usahawan untuk mengguna pakai teknologi digital dan meningkatkan jualan serta pendapatan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Jelajah Saya Digital memberi tumpuan kepada empat teras utama iaitu program Saya Digital Literasi, Perniagaan, Pendapatan dan Modal Insan.
• Sesi perkongsian bersama tetamu jemputan terdiri daripada usahawan yang telah berjaya setelah mengikuti program saya digital dibawah eUsahawan.
• Perkongsian oleh panel MDEC: eUsahawan tentang program keusahawanan digital.
• Peserta juga mempelajari asas-asas perjalanan keusahawanan digital, elemen perniagaan dan gambaran pendigitalan yang boleh menyokong perniagaan.
• Seorang wakil dari setiap rakan strategik KWSP, Perkeso, Tiktok Shop, TM Unifi dan juga Touch n Go Digital & F-Secure memberi taklimat dan menerangkan tentang inisiatif yang disediakan untuk usahawan.

Kelebihan Aktiviti :
• Menarik minat usahawan dari golongan seperti B40, graduan menganggur, warga emas, pelajar sekolah serta universiti termasuk usahawan mikro, kecil dan sederhana.
• Para peserta mendapat ilmu tentang cara meningkatkan keupayaan usahawan untuk mengguna pakai teknologi digital dan meningkatkan jualan serta pendapatan.
• Program ini secara tidak langsung dapat memberi peluang sama rata kepada rakyat di kawasan bandar dan luar bandar.
• Program ini jugak membantu peserta dan usahawan untuk memperbaiki kecekapan kos dan meningkatkan produktiviti, selain menangani perubahan tren pasaran serta tingkah laku pengguna.

Nama VIP:
• Yang Berhormat Datuk Fairul Nizam Bin Roslan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka.


Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama