AKTIVITI BULANAN : KUIZ KAHOOT TENTANG BULAN RAMADAN
Aktiviti terkini | 10 Mac 2023
PEDi Taman Seri Kemendor
Nama VIP:
Tuan Haji Sabarudin Bin Said (Pengerusi JPKK Kampung Seri Kesang)
Ringkasan Aktiviti:
• Aktiviti ini adalah membuat ulangkaji tentang puasa di bulan Ramadhan yang bakal tiba pada bulan ini.
• Seramai 9 orang peserta menyertai sesi kuiz ini.
• Aktiviti kuiz ini menggunakan aplikasi kahoot yang mudah digunakan secara percuma.
Tujuan:
• Memberi pendedahan kepada para peserta belajar tentang hukum,maksud puasa dan sebagainya tentang bulan Ramadhan.
• Memupuk semangat untuk menjalani ibadah puasa Ramadhan .
• Menggalakkan anak-anak di dalam komunti berhampiran untuk lebih berminat menyertai aktiviti yang dianjurkan .
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Para peserta belajar secara lebih banyak perkara tentang bulan Ramadhan seperti niat puasa, niat berbuka puasa, syarat wajib puasa dan sebagainya sebagai persediaan memasuki bulan puasa.
• Para peserta meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dan internet secara berhemah melalui aktiviti yang bermanfaat seperti menjawab kuiz menggunakan Kahoot.
• Kakitangan PEDi menggalakkan komuniti setempat untuk aktif menyertai setiap aktiviti yang dijalankan dari setiap peringkat umur.
Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk jati diri anak-anak untuk belajar mengenai puasa yang merupakan kewajipan bagi setiap umat islam.
• Para peserta dapat menimba pengalaman baru menjawab kuiz melalui aplikasi Kahoot yang mudah dikendalikan oleh kanak-kanak.
• Para peserta menjadi lebih peka dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan di PEDi dalam usaha meningkatkan pengetahuan IT para komuniti setempat.
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: