MENCIPTA KAD UCAPAN MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA BERTEMAKAN BULAN RAMADHAN
Aktiviti terkini | 12 Mac 2023
PEDi Air Panas
Nama VIP:
TIADA
Ringkasan Aktiviti:
• Aktiviti ini adalah untuk mempelajari cara menghasilkan sebuah kad ucapan yang kreatif dan menarik bertemakan bulan Ramadhan .
• Aktiviti ini melibatkan pelajar Sekolah Menengah.
• Penghasilan kad ucapan adalah dengan menggunakan template yang disediakan di dalam aplikasi Canva.
Tujuan:
• Memberi pendedahan kepada para peserta belajar cara untuk membuat kad digital dengan mudah menggunakan aplikasi Canva secara percuma.
• Memupuk semangat ingin belajar pelbagai ilmu ICT dan cekap menggunakan kemudahan komputer yang disediakan di PEDi .
• Menggalakkan anak-anak di dalam komunti Air Panas untuk lebih berminat menyertai kelas-kelas bimbingan ICT yang dianjurkan.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Para peserta belajar secara lebih terperinci dalam menggunakan aplikasi Canva yang mempunyai pelbagai template dana elemen menarik
• Para peserta meningkatkan kemahiran penyuntingan melalui aplikasi yang mudah diakses
• Kakitangan PEDi menyebarkan maklumat tentang program-program serta peranan PEDi kepada komuniti setempat
Kelebihan Aktiviti :
• Menggalakkan kreativiti dalam diri pada peserta untuk meghasilkan sebuah kad secara digital.
• Para peserta dapat menimba pengalaman baru untuk membuat kad secara digital tanpa menggunakan kertas/manila kad secara manual.
• Para peserta menjadi lebih peka dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital PEDi Air Panas dalam usaha meningkatkan pengetahuan IT para komuniti setempat .
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: