Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Kampung Ayer Panas ini terletak di negeri Melaka iaitu dibawah parlimen Jasin dan Dun Bemban. Berdekatan Kampung Ayer panas ini juga terdapat kampung serta taman-taman lain seperti Kampung Ulu-duyung, Kesang serta Bemban. Dahulu nya kampung Ayer panas ini terletak dibawah Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), namun setelah penubuhan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) pada tahun 2010, kampung Ayer Panas ini telah diurus oleh Pihak Berkuasa Tempatan MPHTJ.

Menurut sejarah, nama Kampung Ayer Panas mendapat namanya melalui sebuah kawasan yang mempunyai mata air yang panas secara semula jadi. Kawasan tersebut dijumpai oleh seorang penduduk kampung iaitu Tan Kim Tian pada sekitar 1884. Beliau kemudiannya membina dan membuka kolam mata air panas pada 8 Mei 1884.

Dahulu, Kampung Ayer Panas menjadi tempat tumpuan masyarakat kampung mengadakan Pesta Mandi Safar kerana air belerang yang dihasilkan dari mata air yang panas dikatakan boleh mengubati penyakit kulit dan lumpuh.

Kawasan mata air semula jadi kemudiannya telah dimajukan sebagai sebuah pusat rekreasi dan pelancongan yang dikenali dengan nama Pusat Rekreasi dan Kolam Air Panas. Namun, pengurusan pusat rekreasi telah diambil alih dan kini ia dikenali sebagai Taman Air Panas Semula jadi Jasin atau Jasin Hot Spring.

Di Kampung ini terdapat lebih kurang 80 buah rumah penduduk merangkumi 2 balai raya/Pusat khidmat masyarakat sebuah surau dan gelanggang Futsal. Daripada 2 balai raya itu, 1 daripadanya diambil alih oleh Pertubuhan Belia 4B (M) cwgn Ayer Panas untuk dijadikan bilik gerakan pertubuhan itu dan sebuah lagi telah diguna untuk menempatkan Pusat Internet 1 Malaysia.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


EVENT BULANAN : PERTANDINGAN WORD SEARCH

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2024

Program ini melibatkan 10 orang pelajar sekolah rendah yang berumur dari 7-12 tahun ... baca selanjutnya

KELAS ICT : MICROSOFT POWERPOINT - MEMBUAT KAD UCAPAN TAHUN BARU

Aktiviti Terkini | 18 Januari 2024

Kelas ini adalah untuk mempelajari pengenalan asas Microsoft Office Powerpoint... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti