PROGRAM MALAYSIA ICT VOLUNTEER (MIV) – KLIK DENGAN BIJAK (KDB) BERTAJUK KESELAMATAN SIBER
Aktiviti terkini | 19 Oktober 2022
Dewan Bakti Sekolah Kebangsaan Padang Temu
Nama VIP:
TIADA
Ringkasan Aktiviti:
● Program dijalankan secara bersemuka bersama 500 orang pelajar dan guru di SK Padang Temu
● Kakitangan PEDi dan Peserta Malaysia ICT Volunteer (MIV) MCMC turut terlibat untuk menyampaikan info mengenai Klik Dengan Bijak (KDB)
● Program ini adalah usahasama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC dalam menyebarkan kesedaran tentang penggunaan internet yang positif, bertanggungjawab, sensitif dan beretika
Tujuan:
● Mendidik dan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan di dalam penggunaan internet
● Memupuk sikap waspada dan peka dengan sebarang ancaman yang berlaku ketika menggunakan internet seperti scam, phising, kecurian identiti dan banyak lagi.
● Berkongsi maklumat tentang peranan dan fungsi PEDi kepada komuniti dan sekolah-sekolah.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
● Memberi kesedaran kepada komuniti tentang kepentingan tanggungjawab menggunakan internet dan melayari dunia siber dengan selamat
● Menggalak kan pengguna mewujudkan persekitaran Internet yang selamat dan meggembirakan buat semua orang.
● Berkongsi informasi mengenai PEDi dan pelbagai aktiviti seperti Latihan ICT dan Keusahawanan yang dijalankan di PEDi.
Kelebihan Aktiviti :
● Menggalakkan peserta untuk menerapkan etika kewaspadaan dalam menggunakan internet
● Peserta lebih faham bagaimana cara untuk mengatasi masalah dalam ancaman siber dengan lebih bijak
● Meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan di Internet
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: