KPERTANDINGAN MEWARNA BERSEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TADIKA PASTI AIR PANAS

Aktiviti terkini | 12 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Tadika PASTI Air Panas

Nama VIP:
Haji Mohd Diah (Pengurus Tadika PASTI Air Panas)

Ringkasan Aktiviti:
● Program dijalankan secara bersemuka bersama para peserta iaitu pelajar tadika PASTI Air Panas
● Seramai 56 orang peserta mengambil bahagian dalam pertandingan ini mengikut 3 kategori iaitu pelajar berumur 4,5 dan 6 tahun
● Pertandingan ini adalah bersempena sambutan Hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad SAW 1444H.

Tujuan:
● Memberi pendedahan tentang cara meraikan Hari Keputeraan Nabi Muhammad dengan betul melalui aktiviti yang membina jatidiri anak-anak
● Berkongsi informasi mengenai peranan dan fungsi PEDi kepada komuniti melalui pelbagai aktiviti

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
● Mengasah bakat mewarna dalam diri kanak-kanak tadika
● Memupuk semangat cintakan Nabi Muhammad SAW dalam diri kanak-kanak melalui aktiviti berkaitan dan perarakan selawat sebelum program mewarna dijalankan
● Berkongsi informasi mengenai peranan dan fungsi PEDi kepada komuniti melalui pelbagai aktiviti

Kelebihan Aktiviti :
● Mempromosikan PEDi kepada komuniti setempat dan cara menghubungi PEDi Air Panas.
● Menggalakkan pelajar untuk mengasah bakat seni mewarna dan kreativiti mereka dalam lukisan
● Para peserta belajar untuk bersaing secara sihat dalam pertandingan
● Para peserta belajar cara untuk menyambut hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan cara yang betul


Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama