BENGKEL CANVA POSTER KEMERDEKAAN
Aktiviti terkini | 17 Ogos2022
Makmal Komputer SMK Tun Syed Zahiruddin
Nama VIP:
Pn Siti Nur Ayu binti Husaini (Guru ICT SMK Tun Syed Zahiruddin)
Ringkasan Aktiviti:
● Program dijalankan secara bersemuka bersama para pelajar tingkatan 2 seramai 21 orang
● Petugas PEDi Air Panas bersama beberapa PEDi lain iaitu PEDi Kesang Barat, PEDi Batang Melaka dan PEDi Sg Rambai turut terlibat untuk sesi mengajar
● Bengkel ini adalah untuk membuat poster menggunakan aplikasi Canva bersempena Hari Kemerdekaan
Tujuan:
● Mengasah bakat para pelajar dalam menghasilkan poster yang menarik dan kreatif mengikut tema yang ditetapkan
● Memupuk semangat cinta akan negara Malaysia melalui penghasilan poster Hari Kemerdekaan
● Berkongsi informasi mengenai peranan dan fungsi dan perkhidmatan PEDi kepada komuniti
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
● Mempromosikan PEDi kepada komuniti setempat dan cara menghubungi PEDi Air Panas.
● Mendedahkan para pelajar dalam aplikasi editing yang mudah iaitu Canva
● Para pelajar dalam mendalami lebih banyak element dan fungsi yang terdapat dalam aplikasi Canva dalam menghasilkan pelbagai poster, logo , dan sebagainya
Kelebihan Aktiviti :
● Para pelajar dapat menghayati makna kemerdekaan melalui penglibatan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan sambutan Hari Merdeka
● Para pelajar juga berjaya menjadi seorang yang kreatif dan kritis dalam menghasilkan sebuah karya poster hasil usaha mereka sendiri
● Menjalin hubungan baik dengan komuniti melalui aktiviti yang melibatkan masyarakat setempat
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: