AKTIVITI DAN PERTANDINGAN SUKANEKA HARI KANAK-KANAK SEDUNIA DI PEDi AIR PANAS
Aktiviti terkini | 26 November 2022
PEDi Air Panas
Nama VIP:
Pn Sarlinah binti Mohd Sani (Pembantu Pustakawan)
Ringkasan Aktiviti:
● Program dijalankan secara bersemuka bersama para peserta iaitu kanak-kanak sekolah rendah dalam kalangan anak-anak komuniti PEDi Air Panas
● Seramai 25 orang peserta mengambil bahagian dalam pertandingan ini mengikut beberapa kategori acara sukaneka
● Pertandingan ini adalah bersempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia
● Program ini adalah kerjasama dengan pihak Perpustakaan Bemban dan PEDi Taman Paya Dalam
Tujuan:
● Memberi pendedahan tentang cara meraikan hari kanak-kanak sedunia dengan pelbagai aktiviti bermanfaat
● Menggalakkan peserta untuk aktif menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PEDi
● Mendedahkan para peserta dengan cara pelbagai permainan sukaneka yang menarik
● Berkongsi informasi mengenai peranan dan fungsi PEDi kepada komuniti melalui pelbagai aktiviti
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
● Antara aktiviti yang dijalankan adalah tiup belon, bowling kampung, taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan juga aktiviti Jom Membaca Bersama Perpustakaan Desa Bemban serta literasi komputer
● Aktiviti yang dilaksanakan adalah secara “indoor dan outdoor” mengikut kesesuaian aktiviti
● Kakitangan PEDi menyebarkan maklumat tentang program-program serta peranan PEDi kepada komuniti setempat
Kelebihan Aktiviti :
● Mempromosikan PEDi kepada komuniti setempat dan cara menghubungi PEDi Air Panas.
● Membentuk generasi celik IT dan warga digital yang bijak melalui kempen kesedaran taklimat Klik Dengan Bijak (KDB)
● Para peserta belajar untuk bersaing secara sihat dalam pertandingan
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: