SIARAN LANGSUNG : ELAK JADI MANGSA PENIPUAN SIBER/INTERNET

Aktiviti terkini | 13 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Air Panas

Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti:
● Perkongsian ini disiarkan secara atas talian, ‘online’ di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital –PEDi Air Panas.
● Perkongsian ini adalah mengenai cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan siber.

Tujuan:
● Memberi informasi kepada masyarakat tentang penipuan siber atau ‘scam’ yang semakin berleluasa pada masa kini.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
● Memberi kesedaran kepada masyarakat untuk sentiasa berhati-hati ketika menggunakan medium secara atas talian.
● Berkongsi informasi tentang jenis-jenis penipuan yang giat berlaku pada masa kini.
● Mempromosikan PEDi kepada komuniti setempat dan cara menghubungi PEDi Air Panas


Kelebihan Aktiviti :
● Masyarakat dapat mengetahui tentang penipuan siber atau ‘scam’ yang berlaku dan cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.
● PEDi dapat membantu menyebarkan maklumat tentang penipuan siber agar komuniti setempat mempunyai pengetahuan dan faham tentang cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan agar tidak membahayakan diri mereka atau menyebabkan mereka menanggung kerugian.
● Komuniti setempat dapat mengetahui cara untuk menghubungi PEDi Air Panas sekiranya ingin berurusan dengan pihak PEDi.



Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama