BENGKEL INFOGRAFIK KEMPEN ANTIDADAH MICROSOFT POWERPOINT
Aktiviti terkini | 21 Julai 2022
Makmal Komputer SMK Simpang Bekoh
Nama VIP:
Encik Ng Yih Joo (Guru ICT SMK Simpang Bekoh)
Ringkasan Aktiviti:
● Program dijalankan secara bersemuka bersama para pelajar Tingkatan 4 SMK Simpang Bekoh, Jasin .
● Bengkel ini adalah kelas latihan ICT mengajar mengenai cara membuat infografik bersempena kempen Anti Dadah menggunakan Microsoft Office Powerpoint.
● Program ini dijalankan dengan kerjasama pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jasin dan beberapa PEDi lain iaitu PEDi Taman Seri Kemendor , PEDi Sg Rambai, dan PEDi Batang Melaka.
Tujuan:
● Melatih pelajar tentang cara menghasilkan sebuah infografik yang menarik mengenai Kempen Anti Dadah.
● Berkongsi tentang cara mencari pelbagai ikon yang boleh digunakan dalam menghasilkan infografik menarik di laman web Flat Icon.
● Berkongsi informasi mengenai pengenalan, fungsi dan perkhidmatan yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital kepada para pelajar dan pihak sekolah.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
● Mempromosikan PEDi kepada komuniti setempat serta pihak sekolah dan cara menghubungi PEDi Air Panas.
● Menggalakkan pelajar untuk mencuba perkara baru iaitu membuat infografik dengan hanya menggunakan Microsoft Powerpoint
Kelebihan Aktiviti :
● Para pelajar dapat mempelajari ilmu baru bagaimana membuat sebuah infografik yang menarik.
● Para pelajar juga berjaya menjadi seorang yang kreatif dan lebih memahami bagaimana untuk menghasilkan infografik menggunakan Microsoft Powerpoint dengan mudah dan pantas tanpa perlu menggunakan template sokongan
● Para pelajar dan pihak sekolah lebih faham apa fungsi dan peranan PEDi kepada masyarakat dalam melahirkan generasi celik IT
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: