MELUKIS MENGGUNAKAN APLIKASI PAINT

Aktiviti terkini | 17 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Air Panas

Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti:
● Aktiviti ini adalah untuk mempelajari cara menghasilkan sebuah lukisan yang kreatif menggunakan aplikasi PAINT
● Seramai 10 orang peserta menyertai sesi pembelajaran ini
● Aktiviti ini dijalankan bersempena cuti sekolah bulan Disember 2022

Tujuan:
● Memberi pendedahan kepada para peserta belajar cara untuk melukis secara digital di aplikasi PAINT
● Memupuk semangat ingin belajar pelbagai ilmu ICT dan cekap menggunakan kemudahan komputer yang disediakan di PEDi
● Menggalakkan anak-anak di dalam komunti Air Panas untuk lebih berminat menyertai kelas-kelas bimbingan ICT yang dianjurkan terutamanya semasa cuti sekolah

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
● Para peserta belajar secara lebih terperinci dalam menggunakan aplikasi PAINT yang mempunyai pelbagai fungsi yang mudah dan menarik
● Para peserta meningkatkan kemahiran melukis secara digital di komputer bertemakan “Rumah Saya”
● Kakitangan PEDi menyebarkan maklumat tentang program-program serta peranan PEDi kepada komuniti setempat

Kelebihan Aktiviti :
● Menggalakkan kreativiti dalam diri pada peserta untuk meghasilkan sebuah lukisan secara digital
● Mengasah bakat peserta dalam menghasilkan lukisan yang kreatif
● Para peserta menjadi lebih peka dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital PEDi Air Panas dalam usaha meningkatkan pengetahuan IT para komuniti setempat


Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama