Program Gotong-Royong dan Kenduri menyambut ramadhan sekitar kawasan kariah Air Panas

14 Mei 2017 | Ahad
8.00 pagi – 10.00 malam | Sekitar Kampung Air Panas, kawasan perkuburan, Surau dan Masjid

Tujuan:
Bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk kariah Air Panas selain dapat menghidupkan suasana menjelang bulan Ramadhan yang mulia.

Kelebihan:
- Menggalakan aktiviti sihat dikalangan Belia dan penduduk kariah Air panas dengan bergotong-royong.
- Mengeratkan silaturahim antara penduduk dan golongan belia disamping dapat menjaga kebersihan sekitar kampong Air Panas seperti tanah perkuburan, surau dan masjid.

Penglibatan:
1). Penduduk Kariah Air Panas dan ahli Belia 4B.
2). Penduduk kampong Ulu Duyung dan Belia 4B Bemban

Nama VIP:
En. Mohd Nizam Omar(Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia)

Perlaksanaan aktiviti:
- Menjalankan gotong-royong dengan membersihkan kawasan surau, tanah perkuburan, masjid dan juga sepanjang jalan kampong Air Panas.
- Bersama-sama membantu dalam penyediaan masakan kenduri menyambut ramadhan yang diiadakan di malam hari.

Aktiviti Berkaitan:
- Program Gotong-royong dan kenduri ini merupakan program tahunan penduduk kariah Air Panas menjelang sambutan bulan ramadhan. Penglibatan Ahli Belia 4B dan penduduk sekitar telah memeriahkan lagi program ini dan menjadikannya berjalan dengan lancar.
- Potong kek sempena sambutan hari Ibu.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama